Saturday, October 10, 2015

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari sabtu lalu iaitu 10 Oktober telah berjalan program Sukan Negara di seluruh negara. Banyak acara yang dipertandingknn mengikut kalayakan pelajar sekolah.  Di Komstar acara yang dipertandingkankan ialah futsal dan bola jaring.  Sebelum acara bermula pelajar didedahkan dengan senam robik dikendalikan oleh Cikgu Kasim Saribu....... orang Sabah bah.... Program dirasmikan oleh Cikgu Zainun Awang Penolonh Kanan Kokurikulum.

KOMSTAR berjaya mara ke pusingan kelayakan memanah olimpik

Pada hari Sabtu 10 Okt yg lalu sempena dengan Hari Sukan Negara telah diadakan ujian memanah untuk kelayakan olimpik. Pihak sekolah telah menghantar 2 pasukan lelaki dan perempuan. Pasukan perempuan telah berjaya mendapat tempat kedua. Hadiah disampaikan oleh Pengetua Sekolah.

Tuesday, September 29, 2015

Mesyuarat JKS Kali ke 2 2015

Tepat jam 2.30 mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Ke 2. Mesyuarat di pengerusikan oleh PK Pentadbiran Puan Hjh Rosnah Ramli.

Mesyuarat membincangkan laporan kurikulum, laporan PT3 dan SPM dan PBS.

Monday, September 28, 2015

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR PT3 DAN SPM

Hari ini pelajar PT3 dan SPM Komstar dihidangkan dengan satu ceramah motivasi dari sebuah consultant yang dijemput khas oleh Tuan Pengetua En Ahmad bin Awang. Ceramah motivasi tersebut adalah kesinambungan dari ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tuan Pengetua sendiri 2 hari lepas. Adalah diharapkan dengan ceramah tersebut para pelajar akan dapat menaikkan semangat mereka untuk bekerja keras demi menaikkan nama sekolah khususnya dalam peperiksaan PT3 dan SPM.

Sunday, September 27, 2015

Program Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Hari ini satu program dinamakan Persediaan Awal Peperiksaan telah diadakan di dewan Komstar. Ceramah disampaikan sendiri oleh Tuan Pengetua SMK Komstar En Ahmad bin Awang yang merupakan bekas kaunselor.

Program dihadiri oleh semua calon SPM yang berjumlah 113 orang. Tahun lepas Komstar mencatat rekod dengan 2 orang pelajar mendapat straight A.

Adalah diharapkan dengan pendedahan ini  pelajar akan lebih bersungguh-sungguh untuk mengejar kejayaan.

Monday, September 7, 2015

Kursus Frog VLE Bulan Sept 2015

Hari ini Isnin 7 Sept kita buat kursus frog vle. Semua guru terlibat hadir. Dlm kursus kali ini kita telah bincangkan kekerapan penggunaan frog oleh guru media. Dapatan dari kursus ini ialah guru guru frog vle perlu memberikan lebih masa untuk menggunakan bilik komputer dan makmal bahasa.

Sunday, September 6, 2015

Borang Rumusan Kokurikulum 2015

Program hari ini di dewan Komstar pengisian birang rumusan Kokurikulum 2015.

Peringkat pertama pelajar tingkatan 1-3 iaitu dari jam 8.00 hingga 9.30 pagi. Sementara seso kedua untuk tingkatan 4 dan 5 ialah pada jam 12.50 hingga 2.10 tengahari.